TAZKIRAH MINGGU INI
KISAH &   TELADAN Diriwayatkan oleh Malik bi Dinar akan dirinya : Permulaan   hidupku,aku berada dalam keadan sesat,mabuk dan suka melakukan maksiat.   Aku menzalimi orang ramai ,mengambil hak mereka ,melakukan riba dan   semua jenis maksiat aku pernah lakukan.Orang ramai menjauhiku kerana   maksiat yang aku lakukan. Sehinggalah  suatu hari  berkahwin dan   memperolehi seorang anak perempuan bernama Aisyah.Aku amat   menyayanginya.Semakin Aisyah membesar bertambah kasih sayangku kepadanya   ,bertambah juga keimananku kepada Allah dan berkurangan perbuatan   maksiatku .Setiap kali aku ingin meminum arak,Aisyah akan menghampiriku   dan menjaukan arak itu daripada ku sedangkan umurnya belum cukup 2   tahun.Seolah-olah Allah yang menyuruh Fatimah melakukan perbuatan itu. 
Apabila   umur Aisyah genap 3 tahun beliau meninggal dunia. Kehidupan ku  bertukar  semakin teruk daripada dahulu. Aku tiada kekuatan untuk  menghadapi  ujian(kematian fatimah)sebagaimana orang-orang beriman  menghadapinya.  Syaitan mula bermain-main dengan ku dan kehidupan ku  bertambah buruk.  Aku berazam untuk minum arak sepanjang hari malam dan  siang. Aku minum  hingga aku mabuk teruk. Akhirnya dalam keadaan mabuk  aku bermimpi aku  berada di hari akhirat. Matahari telah terpadam,laut  bertukar menjadi  api ,bumi bergoncangan.Semua berhimpun di hari kiamat  termasuklah aku.  Aku mendengar suara memanggil folan bin folan. Aku  melihat si folan ini  wajahnya telah bertukar hitam legam oleh kerana  ketakutan.Tiba-tiba  namaku dipanggil dan semua manusia di sekelilingku  hilang seolah-olah  tiada seorang pun di padang mahsyar ini.
 Kemudian   aku melihat ular yang besar dan kuat menyusur dengan cepat kearah ku   dan membuka mulutnya dengan luas. Aku berlari dari ular tersebut kerana   terlaku takut. Semasa berlari aku terlihat lelaki tua yang lemah dan  aku  berkata kepadanya: ”Tolonglah selamatkan ku”. Dia berkata “Wahai  anakku  ,aku ini terlalu lemah,aku tidak mampu untuk menolongmu.  Berlarilah  kamu kearah ini mudah-mudahan kamu akan selamat”. Aku  berlari ke tempat  lelaki tua itu sebutkan. Ular masih mengekoriku dari  belakang dan api  aku dapati api di hadapan ku. Aku bertanya”Jika aku  lari dari ular ini  aku akan jatuh ke dalam api”. Aku berlari ke  belakang semula dan ular  makin hampir kepada ku. Aku kembali semula ke  arah lelaki tua itu “Demi  Allah,tolonglah selamatkan aku!Tolonglah”Rayu  ku kepadanya. Lelaki tua  itu menangis kerana kasihankan diriku dan  berkata “Aku amat lemah  sebagaimana kamu lihat ,aku tidak mampu  menolong mu. Akan tetapi kamu  larilah menuju kearah bukit  itu,mudah-mudahan kamu akan selamat”. 
Aku   berlari ke arah bukit dan ular akan menyambar diriku. Aku melihat di   atas bukit itu kanak-kanak kecil. Mereka semua berteriak “Wahai   Fatimah!!Pergilah ke arah ayah mu,tolonglah dia!!! ” Maka aku tahu di   situ ada anak ku Fatimah. Aku amat gembira dan tanpa disedari air mataku   mengalir. Aku mempunyai anak yang amat aku sayangi dan kerananya iman   ku bertambah. Dia meninggal ketika berumur tiga tahun….sekarang dia   berada di depan ku untuk menyelamatkan ku dari situasi yang bahaya   ini. Fatimah mencapai tangan kanan ku dan melawan ular itu dengan tangan   kirinya. Aku seolah-olah mayat hidup yang tidak mampu berbuat apa-apa   kerana ketakutan. Kemudian aku dapati aku berada di dalam bilik ku   sebagaimana aku berada di dunia. Fatimah berkata dengan penuh   manja”Wahai ayahanda ku  ألم يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله   (Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk   hati mereka mengingat Allah )“Aku berkata”Beritahu ku tentang ular   ini”Aisyah berkata“Ia adalah amalan jahat mu yang kamu besar dan   suburkan sehingga ia hampir memakan diri mu ”Aku bertanya”Bagaimana   dengan lelaki tua itu?” Dia berkata”Itulah amalan soleh diri mu ,kamu   perkecilkan(lemah) dan menghinanya sehingga dia menangis melihat keadaan   diri mu dan tidak mampu untuk menolong mu. Adakah ayah masih ingat ,   iman ayah bertambah dan aku masih kecil ketika didunia? Jika tiada   amalan soleh mu ,maka tiada satupun yang memberi manfaat kepada diri   mu”  
Aku   tersedar dari tidurku dan menjerit “Sudah tiba masanya wahai   tuhanku.......sudah sampai masanya wahai tuhanku.......Yaaa” ألم يأن   للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله (Belumkah datang waktunya bagi   orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah   )“ Aku bangun dari tidur dan mandi. Aku keluar ke masjid untuk solat   subuh untuk bertaubat dan kembali kepada Allah. 
Aku   masuk ke dalam masjid dan aku terkejut imam membaca ayat yang sama:ألم   يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله .Maka bertaubatlah Malik bin   Dinar dan beliau dikenali dengan (pernah) berdiri setiap hari di pintu   masjid memanggil –manggil ”Wahai hamba yang membuat maksiat,kembalilah   kamu kepada tuhan mu.Wahai hamba yang lupa kembalilah kamu kepada tuhan   mu.Wahai hamba yang lari kembalilah kamu kepada tuhan mu. Tuhan mu   memanggil-manggil kamu siang dan malam dan berkata: Barangsiapa   menghampiri diriKU sejengkal nescaya AKU akan mengahmpirinya   sehasta…..barangsiapa mendatangi diriKU dalam keadaan berjalan nescaya   AKU akan berlari ke arahnya.” Itulah dia Malik Bin Dinar antara pemuka   yang masyhur dikalangan Tabi’in.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan