BERITA KOSMO.....khamis 20/1/2011
Kitab al-Quran 500 tahun dipamerkan di Internet

KITAB al-Quran berusia sekitar 500 tahun disimpan dalam Perpustakaan John Rylands di Manchester, Britain. 
LONDON  - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan  jarang  dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar   semalam.
Kitab suci tulisan  tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500  tahun, amat berharga  dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat  meletakkannya untuk  dipamerkan. 
Setiap  helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60   sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia   disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.
Kini,  pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi  digital  untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu  di  Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya. 
Kitab  al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh  al-Ghuri,  Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir  Mamluk. 
Ia  dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901   sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan