TAUBAT NASUHA. 
Allah SWT berfirman:
Wahai  orang-orang  yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat  yang  semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus   kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang   mengalir di bawahnya sungai-sungai. (At-Tahrim: 8)
.Ibnu   Umar dan Ubay bin Kaab berkata: 'Taubat Nasuha itu ialah, bahawa   seseorang bertaubat dari dosa-dosa kemudian tidak kembali kepadanya lagi   seperti ketidakmungkinan kembalinya susu ke tetek binatang."
.Sedangkan  Hasan  Basri berkata: "Taubat Nasuha ialah hendaknya seseorang menyesal  atas  apa (dosa) yang pernah dikerjakannya pada masa lampau serta  diiringi  dengan sikap tidak kembali kepadanya."
.Ibnu Qayim berkata: "Nasuha dalam bertaubat mengandungi tiga unsur:
.Pertama:  Memandang  sama semua dosa dan bersikap sama terhadap seluruhnya,  sehingga tidak  satu dosa pun yang keluar dari penilaian sebagai dosa.
.Kedua:   Menghimpunkan antara azam (tekad) dan kesungguhan sikap seutuhnya  untuk  menghadapinya, sehingga tidak ada sedikit keraguan pun yang  tersisa pada  dirinya, tidak pula secebis angan-angan dan menanti-nanti  pada  batinnya. Namun dia menghimpun semua kehendak dan tekadnya untuk   menghadapinya dan segera bersikap demikian.
.Ketiga:   Membebaskannya (tekadnya) dari segala kotoran dan penyakit yang  merosak  keikhlasannya serta menjadikannya takut kepada Allah secara  murni,  menginginkan balasan yang ada di sisiNya serta takut dari siksa  yang ada  di sisiNya.
.Pendapat lain mengatakan bahawa di antara tanda-tanda taubat nasuha itu ialah:
1.  Taubat meliputi  segala dosa, sehingga tidak satu pun dosa yang  tertinggal dan  menghilangkan pengaruh-nya terhadap jiwa, sebagaimana  sinar matahari  menghapuskan kegelapan malam. Sesungguhnya orang yang  bertaubat dari  suatu dosa dan tetap mengerjakan maksiat yang lain, maka  taubatnya belum  sempurna.
2.  Bertekad akan  bertaubat hingga akhir hayatnya, untuk mengakhiri  dosa-dosa. Berjanji  tidak akan mengulangi perbuatannya yang telah  berlalu sebagaimana susu  tidak akan kembali ke sumber asalnya.
3.  Memulai dengan  penyesalan dan mengakhiri dengan perbuatan amal soleh  dan ketaatan,  membersihkan hatinya dari pengaruh maksiat dan berjanji  tidak mengulangi  perbuatan dosa buat selama-lamanya.
4.  Menjauhi seluruh  perbuatan dosa. Taubat tidak bererti apa-apa jika  disertai dengan  perbuatan dosa. Allah tidak akan menerima perbuatan  baik seseorang  selama dia melakukan perbuatan maksiat tersebut. Jiwa  yang terbelenggu  dalam memikirkan maksiat akan mengikis habis perbuatan  baik.
5.  Sesungguhnya  seorang hamba tidak dituntut untuk mengerjakan seluruh  perbuatan baik,  akan tetapi dia dituntut meninggalkan seluruh perbuatan  jahat. Dengan  demikian akan mendorong dirinya melakukan kebaikan. Bagi  seseorang yang  bertaubat dari kemunafikan, maka tidak dibenarkan  berbuat zina, bahkan  dia dituntut melepaskan seluruh kejahatan dari  hatinya.
6.  Apabila ingin  bertaubat dari seluruh dosa, maka seluruh anggota badan  harus bertaubat.  Taubat mata ialah memelihara pandangan dari perkara  yang haram. Taubat  tangan ialah memeliharanya dari mengambil  barang-barang haram. Taubat  kemaluan ialah dengan cara menjauhkannya  dari perbuatan zina dan  lain-lain sebagainya.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan